-Ia Datang Kembali-

Ku resah, ku gelisah,
Mengenagmu suatu kekelesuan,
Ku penat ku lelah,
Kau hadir tanpu ku minta,
Perit rasa menaggung gelintar,
Mengapa begini jadi pada ku,
Apa dia kelebihanmu,
Mengapa ku terus asyik,
Asyik dalam rindu menantimu,

Pergilah
Pergi sejauh pandangan mata,
Bayangan serta gurauanmu,
Ku tidak mahu terus resah,
Resah dan gelisah menahan salah,
Resah dan gelisah membuatku punah,
Resah gelisah terus melingkar,
Pada hati dan sanubariku,
Ku cuba
Ku lemah,
Ku pasrah,
Ku tidak bermaya,
Haruskah ini begini???

Ku tahu engkau sudah berpunya,
Kekasih hati yang amat dikasihi,
Hadirku cuba penambah perisa,
Bukan ku cuba menambah rasa derita,
Ku hadir bukan diminta,
Akan ku bawa diriku ini,
Pergi jauh dari bayangan matamu,
Ku mahu rasa ini terus berlalu,
Tanpa ada rasa pada dirimu,
Tanpa secebis debu pada hatimu,

Anggap sahaja ku tidak pernah hadir dalam dirimu,
Anggap sahaja kau tidak pernah mengenaliku,
Biarkan sahaja yang berlalu itu terus berlalu,
Biarkan ia hilang di bawa angin lalu,
Ku sedar
Ku tahu,
Hanya dikau yang sesuai dengannya,
Ku hanya serangga yang tidak bermaya,
Hanya mahu menumpang pada yang tidak mahu,
Biarkan aku
Biarkan diriku,
Akan ku cuba,
Akan ku usaha,
Untuk ku terus,
Mencari bahagia.