-Sedarlah Sahabatku-

Dunia penuh godaan,
Godaan yang mampu melalaikan,
Melalaikan hati dan emosi,
Melekakan hati yang penuh dengan angan-angan,
Angan-angan yang membuatkan manusia terpesona,
Terpesona dengan keindahan,
Terpesona dengan keasyikan,

Terpesona dengan keghairahan,
Terpesona dengan kenikmatan hidup...

Tetapkanlah hati,
Teruskan perjuanganmu,
Perjungan untuk menegakkan kebenaran dan keadilan,
Serta meneruskan kehidupan,
Agar dunia menjadi tempat yang lebih baik,
Lebih baik dari semalam,
Lebih baik dari masa lalu,
Agar manusia tahu,
Dunia ini hanya sementara,
Bahawa dunia hanya pinjaman,
Bahawa dunia tempat persinggahan,
Jambatan dan juga kebun amalan,
Untuk dijadikan bekalan dan simpanan,
Bagi menghadapi kehidupan abadi,
Kehidupan yang pasti,
Kehidupan yang dijanjikan,
Kehidupan yang aman bagi yang berjaya
Dan kehidupan yang sengsara bagi yang rugi...