Sejak aku mengenalimu,
Tidak ku tahu,
Engkau peramah orangnya,
Luaranmu tegas dan serius,
Membuatku gugup berhadapanmu,
Ku senyap,
Ku membisu,
Kerna ku bukan singa,
Dan juga bukan harimau,
Ku hanya insan kerdil,
Sejak itu,
Ku perhati,
Keu melihat,
Dan ku meneliti,
Adakah peluang ku berbicara denganmu,
Hanya masa itu,
Aku biarkan ia berlalu,
Sehingga kini,
Baru ku sedar,
Engkau tidak begitu,
Sifatmu itu,
Menjadi tawanan hati manusia,
Pada manusia yang mengenalimu,
Pada hati yang sedang mencari,
Mungkin tidak mengerti
Atau tidak menyedari,
Bahawa banyak hati memerhati,
Akan sikapmu itu,
Apakah ia suatu lakonan,
Atau ia suatu realiti fantasi.