Pertama dalam hidupku,
Perasaan ini hadir tanpa ku perlu,
Kehadiranmu memunggah segala ketenanganku,
Wajahmu menjadi igauanku,
Ceriamu membuatku ternanti,
Kemesraanmu menghantuiku,
Tapi aku tidak mahu ini berlaku,
Bantulah aku mengatasi ini,
Ku tidak mahu,
Ku tidak perlu,
Tapi hatiku tetap begitu,
Mengapa engkau sering hadir dalam mindaku,
Pergilah wahai pujaanku,
Kerna ku tidak layak buatmu,
Ku hanya hamba,
Miskin segalanya,
Hanya pinjaman sementara semuanya,
Sedarlah hati,
Engkau dengan dia tidak sepadan,
Tidak sekufu,
Dan tidak sejiwa,
Ku cuba,
Ku usaha,
Ia hadir tanpa ku mahu,
Mengapa hati ku tetap mengingatimu,
Mengapa jiwaku gembira menerima khabarmu,
Mengapa dan mengapa...
Sedarlah jiwa,
Sedarlah hati,
Sedarlah diri,
Engkau hanya hamba
Engkau hanya berhutang,
Berhutang jawa dan raga,
.................................