Ketenangan, kedamaian dan keamanan,
Apakah ertinya dalam hidupku ini,
Kesusahan, kepayahan dan keperitan,
Kehidupan perlu diteruskan,
Perancangan harus dijalankan,
Tindakan mesti dilaksanakan,
Mahu tidak mahu,
Hidup suatu perjuangan menuju ke sana,
Biarlah apa yang terjadi,
Terbuku dalam dada ingatan,
Kepayahan atau keperitan,
Hanya senyuman mengukir di dada,
Bekalan diri buat kekuatan,
Ketabahan diri perlu dikukuhkan.