-Kosongnya Hidupku Hari Ini-

Hari, waktu dan masa,
Jam minit dan saat,
Berlalu tanpa dirasa,
Berlari tanpa dilihat,
Pergi tanpa diketahui,
Hilang tanpa kelibat,
Jauh tanpa boleh dicapai,

Kosong hati kering emosi,
Kelat jiwa pahit suasana,
Masam diri payau erti,
Hasrat yang meninggi,
Kini tiada tercapai,
Harapan yang menggunung,
Hanya tinggal igauan,
Erti yang dicari,
Hanya jalan yang menjadi saksi,
Hala tuju yang menuju,
Bayangan sahaja yang memenuhi,

Hujan hati ini,
Tiada siapa yang mengerti,
Mendung rasa ini,
Jiwa yang terseksa,
Cerah yang dicari,
Bertahun bilakah akan bertemu,
Bergegar sanubariku,
Bergetar jantung hatiku,
Terus begini hidupku,