Wahai para lelaki,
Kamu adalah pemimpin,
Maka
Bertindaklah seperti seorang pemimpin,
Berperilaku seorang pemimpin,
Berlagaklah seperti seorang pemimpin,
Berfikirlah seperti seorang pemimpin,
Kerana ia akan ditanya suatu hari nanti,
Apakah yang kamu lakukan sebagai seorang pemimpin?
Seorang pemimpin itu adalah contoh tauladan,
Contoh ikutan kepada yang lain,
Sebagai manifestasi peribadi diri,
Realisasi jati diri,
Lambang kekuatan peribadi,
Turut menjadi,
Wakil kepada organisasi, masyarakat dan bangsa
Malah lebih besar lagi,
Tanggungjawab pada Agama Ilahi,
Agama yang syumul lagi mulia,
Agama rahmat sekalian alam
Sedarlah wahai lelaki,
Kamu berperanan lebih besar lagi,
Amanah kamu itu amat berat,
Berat kerena kamu mampu membebaninya.
Kamu sanggup dan kamu diberi
Segala kelebihan berbanding yang lain