Buku

Buku, Kitab atau Book,
dan beberapa istilah lagi,
menjelaskan akan maksud yang satu
iaitu himpunan beberapa helai kertas atau seumpamanya
mengandungi seribu erti dan makna
sejarah mahupun cerita
pemikiran mahupun kehidupan
idea ataupun persoalan


Ia sahabat ketika sepi
ia teman ketika bening
tidak membantah
tidak merungut
hanya berbicara ketika ia di semak
berbicara pada tahap kefahaman yang sesuai
berkali disemak
berkali juga makan dijumpa
tidak pernah puas menelitinya
hanya yang mengerti akan nilainya

Tingginya ia
hanya pada yang tahu ertinya
hanya pada yang mahu menilainya
ia menguatkan hati
menghaluskan budi
meninggikan pekertia
menuai hasil tatkala diperlu
sentiasa setia pada yang mahu
sentiasa memberi walau tidak diendah