Mudah dikata, sukar dilaksana
Indah dimata, payah dikota
Cantik bersama, perit dijalankan
Harum dizahirkan, sakit dibiarkan
Lambang kepada peribadi individu,
Nampak kemas
Segak bergaya
Meyakinkan diri dan sekitar
Bahawa diri insan berjaga
Ia bukan sekadar perhiasan
Ia bukan menjadi ikutan
Membudayakan merupakan amalan
Bukan untuk sekadar tunjukkan
Tapi merupakan tuntutan Amalan
Menjaganya agar kesihatan terbela
Bukan sahaja lambang kedalaman
Bahkan juga nan perasaan
Peka atau suka
Menjelaskan akan sikap dan sifat