P3rnIK@haN

Pernikahan, Walimah dan Pelamin,
Tiga perkara sering bersatu,
Berkaitan dan seiring,
Berada dalam satu majlis...

Akad yang diucap,
Bukan sekadar lafaz semata,
Penuh makna dan maksud yang tersirat,
Perlu kefahaman untuk diungkap,
Ilmu kehidupan berumahtangga,
Itu perlu dalam mengharungi
Kehidupan fasa baru,
Yang bakal ditempuhi bersama...
Sukar untuk digambarkan,
Payah untuk dijelaskan,
Tiada kata-kata,
Tiada gambaran,
Menjelaskan segalanya...

Sedih suka mahupun gembria,
Semuanya bercampur bersatu dalam jasad,
Membolak-balik perasaan hati,
Inikah dia yang dinamakan perasaan?

Lelaki

Wahai para lelaki,
Kamu adalah pemimpin,
Maka
Bertindaklah seperti seorang pemimpin,
Berperilaku seorang pemimpin,
Berlagaklah seperti seorang pemimpin,
Berfikirlah seperti seorang pemimpin,
Kerana ia akan ditanya suatu hari nanti,
Apakah yang kamu lakukan sebagai seorang pemimpin?

Seorang pemimpin itu adalah contoh tauladan,
Contoh ikutan kepada yang lain,
Sebagai manifestasi peribadi diri,
Realisasi jati diri,

Kebersihan dan Kesucian

Mudah dikata, sukar dilaksana
Indah dimata, payah dikota
Cantik bersama, perit dijalankan
Harum dizahirkan, sakit dibiarkan

Lambang kepada peribadi individu,
Nampak kemas
Segak bergaya
Meyakinkan diri dan sekitar

Buku

Buku, Kitab atau Book,
dan beberapa istilah lagi,
menjelaskan akan maksud yang satu
iaitu himpunan beberapa helai kertas atau seumpamanya
mengandungi seribu erti dan makna
sejarah mahupun cerita
pemikiran mahupun kehidupan
idea ataupun persoalan
Senyum sendiri mengenang impian,
Tidak kesampaian, hilang berlalu,
Terus berjalan tanpa terasa,
Masakan ada impian yang mendatang,

Hati harus tetap ditabahkan,
Bukan untuk diminta kasihan,
Hanya sekadar untuk meluahkan,
Supaya ia, tetap tenang sekalian,