Resah, gelisah, marah dan pasrah,
Bergabung dalam hati detik ini,
Penat dan lelah,
Puas aku rasai,
Kuatkah diri ini,
Menghadapi hari esok?

Esok yang belum pasti,
Mencongak perancangan diri,
Dimana kekuatan diri,
Masihku cari dan menggali,
Sampai bila harusku begini?

Kehidupan yang dikatakan indah,
Itu hanya pada yang tahu,
Pada yang mahu mengerti akannya,
Pada diriku,
Hidupku hanya bebanan
Dan tiada makna,
Siapakah aku?
dan Apakah aku?
Masihku mencari realitinya...

Rintihan hatiku,
Biarla aku sahaja yang tahu,
Pengubatku hanyalah senyumanku,
Layakkah aku digelar manusia?
Tiada siapa yang tahu,
Biarkan sahaja ia berlalu,
Dan biarkan ia berada dalam daku...