Dalam keresahan,
Sinar hilang kembali mengintai,
Perwatakan sekolah menjenguk kembali,
Tapi,
Beranikah diriku meluahkan rasa?
Mampukah aku memendam rasa?
Kuatkah aku menyimpan resah lagi?
Saat dia kesusahan kehilangan tempat berkasih...
Hanya takdir aku serahkan,
Redha dan mengalah pada yang Maha Berkuasa,


Biarlah ku simpan kunci rasa hati,
Bawa diri dan perasaan padanya,
Kelayakkan padaku tidak melengkapi,
Ku mengundur diri,
Ku bawa diri,
BUkan kerana hampa, kecewa atau terluka,
Aka tetapi kerana kebahagiaannya,
Agar dia tahu di mana kebahagiaannya,

Ku pernah mencuba,
Tapi ku tidak berdaya,
Ku takut pada rasa malu.