Pagar Hidup

Meniti titian hidup penuh berliku
Cabaran hidup terus berlalu
Hendak diteruskan rasa tidak mampu
Kerana semangat dan tanggungjawab
Teruskan berdiri

Merangkak, berjalan dan terus berjalan
Jatuh kembali
Merangkak semula
Kembali berdiri dan tetap berdiri
Mengajar kita erti kekuatan

Teruskan usaha tabahkan hati
Tetapkan pendirian jalankan perjuangan
Sabar dan tawakkal jangan dilupa
Itu bekalan tetapkan jiwa