Mengingati pesan Junjungan Mulia,
Pernah bersabda akan kelalaian manusia,
Sabdanya...Rebutlah lima sebelum datangnya lima,
Itulah yang manusia selalu lupakan,
Masa muda sebelum datangnya masa tua,
Masa sihat sebelum datangnya masa sakit,
Masa senang sebelum datangnya masa sibuk,
Masa kaya sebelum datangnya masa miskin,
dan
Masa hidup sebelum datangnya masa mati,
Itulah pesan yang dipesani kepada manusia,
Kehidupan manusia berperingkat-peringkat,
Bayi ke kanak-kanak ke remaja ke belia ke dewasa dan ke tua,
Hidup tidak lama,
Hanya sekitar 60-70 sahaja,
Tapi,
Ramai yang menyangka hidupnya akan kekal selamanya,
Nikmat sihat akan dihargai ketika sakit menjelma,
Pabila sihat diberi, menggunakannya tanpa beringat,
Sangka diri akan kuat dan pekerti,
Laksana segala ikutan hati,
Nafsu dan syahwat, menjadi turuti.
Kesenangan yang dicapai katanya berkat usahanya sendiri,
Tidak perlu bantuan sesiapa,
Yang lemah sudah tidak dipeduli,
Hanya mahu menjadi yang tertinggi,
Walaupun itu adalah suatu mimpi yang tidak pasti,
Harta yang dikumpul untuk diri sendiri,
Kawan dan lawan semuanya ditepi,
Memenuhi nafsu membuaskan hati,
Agar diri sentiasa rasa puas hati,
Walaupun itu hanya sebentar dini.
Hidup bagai tidak berperi,
Dengan alasan hidup hanya sekali,
Tidak dihirau halal dan haram,
Hanya mahu menuntut rasa di hati,
Sungguhpun itu hanya memakan diri,
Yang penting, ia rasa nikmat sekali,
Wahai manusia, sedar lah diri,
Kamu dicipta untuk beribadah pada Ilahi,
Sujud dan syukur mesti selalu,
Kerna diri tidak kekal selamanya,