-Hilangnya Rasa Kekuatan-

Mengeluh, merungut dan merintih,
Itulah tanda manusia tidak bersyukur,
Sentiasa rasa ada tidak kena,
Berasa diri cukup sempurna,
Sehingga orang lain semua tidak kena,
Menilai manusia mengikut rasa,
Dan bukannya pada hakikat pengertian,

Engkau menduga engkau meraba,
Mencari erti akan kehidupan,
Akan tetapi mengapa ada rasa kekurangan,
Adakah ia tanda diri insan makhluk ciptaan?
Segenap usaha,
Seluruh daya,
Mencari jawapan,
Menyempurnakan rasa,
Wahai hati, wahai sanubari,
Mengapa engkau rasa tidak berpuashati?

Janganlah hidup suka berbicara,
Kerna mulut badan binasa,
Banyakkan diam dari bual bicara,
Merenung alam, melihat semesta,
Agar engkau temui Yang Maha Esa,

Teruskan perjuangan, jangan kecewa,
Janji-Nya itu sudah pasti,
Lepas kesusahan, akan datang kesenangan,
Itulah dia tanda masih Dia sayang,
Ujian yang datang bukan penghalang,
Cuma teguran agar diri tidak hilang,
Semoga insan sedar akan kelemahan,
Rupanya masih ada lagi yang malang,

-Hidup Secara Beradab-

Sedarlah makhluk bernama Insan,
Engkau diberi pelbagai kurniaan,
Akal dan nafsu sentiasa berlawan,
Hati dan rasa menjadi kekuatan,
Mengapa engkau hidup tidak berpedoman?

Panduan diberi pedoman ditunjuki,
Katanya umat yang paling mulia diantara semuanya,
Tapi mengapa hal seremeh itu engkau tidak endahkan?
Bukankah ia sebahagian dari cerminan jiwa dan budi?
Serta gambaran hati dan sanubari yang bersemat dalam diri?

Kecantikan serta kebersihan,
Itu amalan bernilai erti,
Mudah dikata tapi sukar dilaksana,
Tapi janganlah sampai engkau abaikan,
Kerna ia mencemar keperibadian,
Dan juga Agama Panduan,

Orang menilai mengikut pandangan,
Bukannya pada hakikat kejadian,
Serta juga bukan pada Kitab Panduan,
Sedarlah diri penuhi amanah yang diberi,
Tunaikan hak laksanakan janji,
Semoga hidup engkau diberkati...

-Semangat Yang Hilang-

Lemah, lesu dan tidak bermaya,
Penyakit lama datang kembali,
Merobek suasana dan ketenangan hati,
Merampas kembali kekuatan diri,
Meruntuh lulur sanubari qalbu,
Merentap renyuk keheningan rasa,

Perginya rasa merubah suasana,
Hilangnya harga menambah derita,
Punahnya harapan berkecai berai,
Semangat yang hilang, sukar dikembali semula,
Motivasi yang menuntut semangat yang berlalu,
Angin yang merembai, lalu pergi selalu,
Bilakah ia akan kembali,
Hanya takdir penentu segala...

Ia pergi tanpa kata,
Ia kembali tanpa suara,
Hadirnya ia hanya sementara,
Tapi membuat diri rasa berdaya,
Teruskan usaha mencari rasa,
Untuk diri bekalan dunia,
Dunia sana kekal selamanya,

Wahai hati wahai sanubari,
Mengapa engkau terus begini,
Bukanka engkau sudah tekad diri,
Untuk terus gagah berdiri,
Teruskan mencari,
Teruskan mhasabah diri,
Agar diri tahu akan tujuan hidup mati...

-Rebutlah Lima Sebelum Datangnya Lima-

Mengingati pesan Junjungan Mulia,
Pernah bersabda akan kelalaian manusia,
Sabdanya...Rebutlah lima sebelum datangnya lima,
Itulah yang manusia selalu lupakan,

Masa muda sebelum datangnya masa tua,
Masa sihat sebelum datangnya masa sakit,
Masa senang sebelum datangnya masa sibuk,
Masa kaya sebelum datangnya masa miskin,
dan
Masa hidup sebelum datangnya masa mati,
Itulah pesan yang dipesani kepada manusia,

Kehidupan manusia berperingkat-peringkat,
Bayi ke kanak-kanak ke remaja ke belia ke dewasa dan ke tua,
Hidup tidak lama,
Hanya sekitar 60-70 sahaja,
Tapi,
Ramai yang menyangka hidupnya akan kekal selamanya,

Nikmat sihat akan dihargai ketika sakit menjelma,
Pabila sihat diberi, menggunakannya tanpa beringat,
Sangka diri akan kuat dan pekerti,
Laksana segala ikutan hati,
Nafsu dan syahwat, menjadi turuti.

Kesenangan yang dicapai katanya berkat usahanya sendiri,
Tidak perlu bantuan sesiapa,
Yang lemah sudah tidak dipeduli,
Hanya mahu menjadi yang tertinggi,
Walaupun itu adalah suatu mimpi yang tidak pasti,

Harta yang dikumpul untuk diri sendiri,
Kawan dan lawan semuanya ditepi,
Memenuhi nafsu membuaskan hati,
Agar diri sentiasa rasa puas hati,
Walaupun itu hanya sebentar dini.

Hidup bagai tidak berperi,
Dengan alasan hidup hanya sekali,
Tidak dihirau halal dan haram,
Hanya mahu menuntut rasa di hati,
Sungguhpun itu hanya memakan diri,
Yang penting, ia rasa nikmat sekali,

Wahai manusia, sedar lah diri,
Kamu dicipta untuk beribadah pada Ilahi,
Sujud dan syukur mesti selalu,
Kerna diri tidak kekal selamanya,

-Hilangnya Sebuah Pengertian-

Wahai diri,
Mengapa engkau terus begini,
Dimanakah kekuatanmu yang dulu membangkitkan...
Dimanakah kelebihanmu yang masa lalu mempersonakan...
Haruskah ia terus berlalu membawa angin lalu...

Wahai diri...
Tetapkanlah kekuatanmu...
Teguhkanlah pekertimu...
Tingkatkanlah semangatmu...
Hadapilah kenyataan hidupmu dengan hati yang menggunung...
Kerna hidup ini sentiasa di uji dan menguji...
Sehingga sampai janji kamu akan kembali...
Seperti mana yang sudah kamu akuinya dahulu...

Wahai hati...
Janganlah kamu selalu mengeluh...
Kerna itu semua sudah berlaku...
Bukanlah pintu qalbumu agar sentiasa senang selalu...
Penuhkanlah ia dengan kekuatan rohani yang sentiasa mengdampingimu...
Segarkan diri semula dengan alunan ayat-ayat Ilahi...
Sematkan keindahan alam dengan semangat...
Teruskan usaha walaupun kamu kehilangan...
Nekadkan perjuanganmu ketika kamu dihantui...
Kerna itu semua akan adanya sinar yang menanti...

PENGENALAN

Selamat Datang ke Blog Dkitos Online...
Pertama kali membuat blog sedemikian rupa agar segala hasil seni dapat dipersembahkan serta diluahkan semoga rasa yang terbuku di hati dapat diterjemahkan...
sama-samalah menimati bait-bait kata...
semoga menikmatinya